Pencuci muka ialah salah satu produk skincare yang perlu dimiliki oleh setiap orang. Mencuci muka dua kali sehari adalah penting untuk menghapuskan kotoran dan minyak berlebihan sambil memastikan kulit kekal sihat dan terhidrat. Setiap pencuci muka mengandungi bahan-bahan yang mungkin tidak sesuai dengan kulit dan masalah kulit yang dihadapi. Oleh itu, pemilihan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit amat penting untuk memastikan kulit sihat.
Langkah pertama sebelum membeli pencuci muka terbaik di Watson adalah mengenal pasti jenis kulit sama ada kulit berminyak, kering, berjerawat atau sensitif. Memilih bahan yang betul adalah kunci kepada kulit muka sihat. Dari beribu pencuci muka yang berada di pasaran, di bawah adalah 10 pencuci muka terbaik di Watson untuk semua jenis kulit. Semua pencuci muka di bawah juga boleh dibeli di Lazada dan Shopee.
1. Cosmoderm Niacinamide Salicylic Acid Soothing Cream Cleanser
Pencuci muka terbaik di Watson ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak. Ia membantu membersihkan kulit anda secara mendalam daripada kekotoran dan sebum berlebihan tanpa mengeringkan atau merengsakan kulit muka. Selain itu, ia juga mengandungi minyak pudina yang memberi manfaat kepada mereka yang berjerawat kerana sifatnya yang menenangkan.
Pencuci muka ini mengandungi Niacinamide yang dapat membantu mencerahkan kulit, mengecilkan pori-pori dengan jelas, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata, memudarkan bintik-bintik gelap dan bintik-bintik jerawat sambil menangani hiperpigmentasi. Ia juga mengandungi salicylic acid yang memberi manfaat kepada mereka yang menghadapi masalah jerawat, pori-pori tersumbat, bintik hitam, bintik putih atau kulit bergelombang.
2. Nutox Youth Restoring Cleansing Foam
Nutox Youth Restoring Cleansing Foam membersih tanpa menghilangkan kelembapan kulit dan mencuci kekotoran yang menyumbat liang pori, sisa kusam kulit dan minyak berlebihan, menjadikan kulit anda dibersihkan dengan sempurna. Ia diperkaya dengan Kolagen dari sarang burung yang meningkatkan kecergasan kulit dan menghalang tanda-tanda penuaan yang boleh dilihat.
3. Skintific 5X Ceramide Low pH Cleanser
Skintific 5X Ceramide Low pH Cleanser ialah pencuci muka seimbang pH (5.5-6) yang boleh dipercayai untuk kulit sensitif kerana ia mengandungi 5 jenis Ceramides yang membersihkan wajah secara keseluruhan sambil mengekalkan kelembapan kulit. Pencuci muka di Watson ini juga mengandungi bahan aktif tambahan seperti Niacinamide dan Hyaluronic Acid yang menjadikan kulit lebih cerah serta mengurangkan kedutan dan garis halus.
4. Neutrogena Deep Clean Gentle Foaming Cleanser
Pencuci muka ini terbukti secara klinikal dapat menghilangkan 99% kotoran tanpa menanggalkan kelembapan semula jadi kulit. Ia membersihkan dan mengimbangi kelembapan kulit anda dengan berkesan. Buih yang kaya mencecah jauh ke dalam liang untuk melarutkan kotoran secara menyeluruh, sambil memulihkan kandungan air pada kulit. Neutrogena Deep Clean Gentle Foaming Cleanser membantu menjadikan penghalang kulit anda lebih berdaya tahan dengan setiap cucian.
5. L'Oreal Paris Revitalift Milky Foam
L'Oreal Paris Revitalift Milky Foam diperkaya dengan LHA, agen pengelupasan lembut, Buih Revitalift yang serta-merta menanggalkan sisa solekan dan menghapuskan kekotoran secara menyeluruh. Ia Juga mengandungi Gliserin yang melicinkan kekasaran kulit dengan lembut, untuk kulit yang kelihatan segar. Pencuci muka terbaik ini memastikan kulit bebas kedutan dan menjadikan kulit selesa.
6. Cosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser
Pencuci muka jenis gel lembut yang berkesan dalam membersihkan sebum yang dihasilkan semalaman tanpa merengsakan atau mengeringkan kulit. Pencuci muka di Watson ini mengandungi BHA yang membantu mengelupas kulit secara lembut dan minyak pokok teh untuk membantu menenangkan kulit yang merengsa. Ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
7. Some By Mi 30 Days Miracle Acne Clear Foam
Pencuci muka ini membantu melarutkan keratin dan sebum berlebihan serta mengurangkan jerawat. Ia mengandungi bahan semulajadi Truecica yang mampu menenangkan kulit merengsa dan 2% Niacinamide yang membantu mengecilkan pori-pori dan memperbaiki tona kulit. Ia juga mengandungi AHA,BHA,PHA untuk menghilangkan kekotoran dan sebum yang tersumbat dalam liang pori, menghentikan kulit dari kehilangan kelembapan dan melarutkan sel kulit mati.
8. Garnier Bright Complete Vitamin C Face Wash
Pencuci Muka Vitamin C Bright Complete Garnier menggunakan bahan utama Vitamin C yang diekstrak daripada Yuzu Jepun untuk membersihkan kulit secara mendalam, mencapai kulit yang lebih cerah dan lembut dalam satu cucian. Pencuci muka ini mengandungi 0% alkohol menjadikannya berkesan untuk membersihkan kekusaman tanpa mengeringkan kulit secara berlebihan. Diuji secara dermatologi dan sesuai untuk semua jenis kulit.
9. La Roche Posay Effaclar Purifying Foaming Gel Cleanser
La Roche Posay Effaclar Purifying Foaming Gel membersihkan kulit berminyak dengan lembut tanpa kesan pengeringan oleh sebab agen pembersih lembut yang dipilih dengan teliti untuk memastikan ia menerima toleransi yang baik. Pencuci muka ini menghilangkan kekotoran dan sebum berlebihan, meninggalkan kulit yang bersih dan segar. Ia membantu mengangkat kotoran dan daki dengan lembut dari kulit serta mengurangkan bintik hitam yang ketara dan mengawal kilauan.
10. L'Oreal Paris Hyaluronic Acid Gel Cleanser
Revitalift Re-Plumping Gel Wash ialah pencuci muka penghidratan anti-penuaan untuk kulit yang lebih licin, tegang dan gebu. Pencuci muka gel ini diformulasikan dengan asid hyaluronik, bahan dermatologi yang berkuasa yang terkenal dengan sifatnya yang menghidrat dan menggebukan kulit secara mendalam. Asid hyaluronik membantu kulit menganjal dan mengurangkan kedutan dan garisan kulit. Kulit dibersihkan secara mendalam, terhidrat dan licin.