10 Pencuci Muka Untuk Jeragat Di Watson Yang Berkesan

Pencuci muka untuk jeragat di Watson

Jeragat adalah bintik-bintik kecil yang rata yang biasanya terdapat pada bahagian badan anda yang terdedah kepada matahari. Ia berwarna sawo matang, merah, coklat muda atau coklat gelap. Jeragat adalah perkara biasa dan bukan ancaman kesihatan. Jeragat sering dialami oleh rakyat Malaysia kerana cuaca yang panas. Salah satu cara untuk mengatasi masalah jeragat adalah dengan menggunakan pencuci muka yang sesuai.

Pencuci muka terbaik untuk mencerahkan dan menghilangkan jeragat adalah yang mengandungi bahan semula jadi, seperti Vitamin C, Retinol, Niacinamide, dan Aloe Vera. Bahan-bahan ini memudarkan jeragat dengan berkesan dan memberikan pelbagai kebaikan pada kulit. Semua pencuci muka di bawah boleh didapati di Watson, Shopee dan Lazada. Di bawah adalah 10 pencuci muka untuk jeragat di Watson yang berkesan.



1. Neutrogena Deep Clean Brightening Foaming Cleanser

Pencuci muka untuk jeragat di Watson


Brightening Foaming Cleanser ialah pembersih buih berasaskan glycerin, terbukti secara klinikal dapat menanggalkan kotoran, minyak berlebihan dan sel-sel kulit mati sambil memberikan semula kecerahan kulit. Ia mengandungi mulberry extract dan niacinamide yang terbukti secara klinikal memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dengan ketara untuk kulit bebas jeragat.



2. Garnier Bright Complete Vitamin C Face Wash

Pencuci muka untuk jeragat di Watson


Pencuci Muka Vitamin C Bright Complete Garnier Menggunakan Vitamin C, untuk membersihkan kulit secara mendalam dan mencapai kulit yang lebih cerah dan lembut. Pencuci muka ini mengandungi 0% alkohol menjadikannya berkesan untuk membersihkan kekusaman tanpa mengeringkan kulit secara berlebihan. Vitamin C boleh membantu mencerahkan dan menghilangkan jeragat. Ia menyekat sel melanin, dan meremajakan kulit.



3. Safi Perfect White Whipped Foam Purifying Cleanser

Pencuci muka untuk jeragat di Watson


Pencuci muka untuk jeragat di Watson ini membersih secara mendalam dengan formulasi Anti PM2.5, untuk menanggalkan mekap dan membersihkan kulit untuk kulit cerah & berseri. Teknologi Ultra White menggabungkan bahan aktif semulajadi pelbagai fungsi Nano BioWhite & Ekstrak Buah Kakadu untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit dan mengatasi masalah jeragat. Ia juga mengurangkan pembentukan bintik-bintik gelap.



4. Cosmoderm Glow-C Brightening Cleansing Foam

Pencuci muka untuk jeragat di Watson


Glow-C Brightening Cleansing Foam membersihkan kotoran dan pencemar dengan berkesan sambil mengurangkan kekusaman dengan pembersih buih yang kaya dan berkrim ini. Pencuci muka ini mengandungi Vitamin C sebagai bahan utama yang sangat berkesan mengatasi jeragat. Ia mencerahkan kulit dan membersihkan secara mendalam.



5. The Ordinary Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2%

Pencuci muka untuk jeragat di Watson


Pencuci muka ini menggunakan vitamin C langsung dan asid hyaluronik untuk membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dengan mencerahkan dan mengimbangi tona kulit yang tidak sekata dan berjeragat. Formula bebas air ini membekalkan 23% Asid L-Askorbik tulen yang sepenuhnya stabil kerana ketiadaan air. Selain itu, formula bebas air ini disokong dengan sfera asid hyaluronik untuk penghidratan tambahan.



6. Eucerin Spotless Brightening Cleansing Foam


Pencuci muka untuk jeragat di Watson


Pencuci muka di Watson yang mengandungi Dio ACTIVE, bahan yang berkesan dan terbukti dapat mengurangkan perubahan warna pigmentasi. Ia mengandungi bahan-bahan terpilih dan bebas daripada alkohol dan pewarna. Menembus jauh ke dalam bintik pigmentasi untuk mengurangkan melanin dan memudarkan jeragat, bintik hitam dan parut jerawat untuk kulit 5X lebih cerah.



7. Wardah Lightening Whip Facial Foam Facial Cleanser


Pencuci muka untuk jeragat di Watson


Wardah Lightening Whip Facial Foam ialah pencuci muka dengan teknologi whip berkrim yang menghasilkan buih lembut berkrim yang 5x lebih licin, membantu membersihkan kulit hingga ke liang pori dengan cara pembersihan yang mendalam. Mengandungi niacinamide canggih yang membantu kulit kelihatan cerah, memperbaiki penampilan jeragat dan meratakan tona kulit. Sesuai untuk kulit normal dan berminyak.



8. La Roche Posay Effaclar Purifying Foaming Gel Cleanser Face Wash

Pencuci muka untuk jeragat di Watson


Pencuci muka untuk jeragat ini dirumus khas untuk kulit berminyak, membersih kotoran dan minyak dengan lembut sambil menjaga keseimbangan pH kulit pada 5.5. Ia menanggalkan kotoran dan sebum dari permukaan kulit tanpa mengganggu keseimbangan halusnya dan menjadikan kulit berasa bersih dan segar. Terbukti dapat mengurangkan jerawat, jeragat, bintik hitam dan mengawal kilauan.



9. Hada Labo Premium Whitening Face Wash

Pencuci muka untuk jeragat di Watson


Hada Labo Premium Whitening Face Wash diselitkan dengan bahan-bahan Hydrating, Soothing dan Triple Brightening yang meresap jauh ke dalam kulit untuk mendedahkan kulit yang lebih licin, cerah dan lebih berseri. Niacinamide, a-Arbutin dan Vitamin C membantu membangkitkan semula kulit kusam dan menyekatakan tona kulit. Bahan-bahan ini terbukti mampu menghilangkan jeragat dan mencerahkan kulit.



10. L’OrĂ©al Paris Glycolic Bright Glowing Daily Cleanser Foam

Pencuci muka untuk jeragat di Watson


Glycolic Bright Daily Cleanser Foam dengan Glycolic Acid yang mencerahkan, mengelupas dan menghilangkan kekusaman untuk kulit yang cerah sekata. Dengan buih berkrim padat, membersihkan kekotoran dan solekan secara menyeluruh. Salah satu faedah utama Glycolic Acid ialah keupayaannya yang luar biasa untuk memudarkan bintik-bintik gelap, bintik-bintik penuaan, dan melasma.



Bagaimana Jeragat Terbentuk?
Terjadinya jeragat adalah kerana pengeluaran melanin yang berlebihan, yang dihasilkan oleh sel kulit yang dipanggil melanosit. Melanosit menghasilkan melanin untuk melindungi kulit anda daripada kerosakan sinar matahari (UV). Melanin ialah pigmen yang memberikan rambut, kulit dan mata anda warnanya.

Apa Yang Perlu Dicari Semasa Memilih Pencuci Muka Untuk Jeragat?
Terdapat pelbagai bahan yang boleh membantu mencerahkan kulit anda dan menghilangkan jeragat. Dengan memilih pencuci muka yang mengandungi bahan-bahan ini, anda akan memiliki kulit yang lebih cerah, tona sekata, dan bebas jeragat.

Niacinamide
Niacinamide (vitamin B3) boleh membantu mengurangkan jeragat dengan ketara dan meningkatkan kecerahan kulit. Niacinamide juga membantu mengecilkan pori-pori yang membesar, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata, melembutkan garis halus dan kedutan.

Vitamin C
Vitamin C adalah antioksidan kuat yang menyekat sel melanin, membantu mengurangkan keradangan dan mencerahkan kulit. Salah satu fungsinya adalah untuk menyekat tindakan enzim yang dipanggil tyrosinase, yang penting untuk pembentukan pigmen melanin. Penggunaan sejumlah besar vitamin C pada kulit akan perlahan-lahan memudarkan hiperpigmentasi selagi kulit juga dilindungi daripada cahaya matahari.

Hyaluronic Acid
Hyaluronic Acid (HA) adalah bahan penjagaan kulit yang sangat berkuasa dan sangat sesuai untuk kulit kering kerana ia menghidrat dan menggebukan kulit. Hyaluronic Acid juga membantu mengurangkan jeragat dan mencerahkan bintik hitam dengan membantu pembaharuan sel-sel kulit.

Glycolic Acid
Glycolic Acid memudarkan jeragat dengan menghalang pengeluaran melanin, pigmen yang memberikan warna kepada jeragat. Ia juga berfungsi dengan baik untuk mengurangkan penampilan garis-garis halus, jerawat kecil, dan ketidakteraturan tekstur kulit.

Retinol
Retinol adalah penyelesaian yang bagus untuk menghilangkan jeragat dan bahan ini sesuai dengan semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Menggunakan produk mengandungi retinol meningkatkan proses penggantian sel, sekali gus mencerahkan semua jenis bintik, termasuk jeragat.

Kojic Acid
Kojic acid bukan sahaja mencerahkan jeragat, ia juga mencerahkan parut dan bintik-bintik penuaan. Bahan ini mengurangkan pengeluaran melanin, melanin yang lebih sedikit menghasilkan warna kulit yang lebih cerah.

Alpha Arbutin
Alpha Arbutin bukan sahaja boleh membantu dalam merawat jeragat, tetapi ia juga mengurangkan bintik-bintik penuaan, parut jerawat, dan kemerahan selepas jeragat.
Terbaru Lebih lama